Sunday, June 30, 2013

Bala penghina Rasulullah

Bala penghina Rasulullah

SEJAK mutakhir ini banyak kalangan terutama masyarakat Barat telah melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dengan bermacam-macam cara seperti melalui filem, kartun dan sebagainya.
Kini tersebar pula di kalangan masyarakat di Malaysia menerusi Internet akan perkara yang sama. Kes ini yang dilaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai gaya baharu untuk merosakkan akidah umat Islam di negara ini.
Seperti yang kita ketahui, Allah SWT telah mengangkat martabat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan suatu kedudukan yang tiada tolok bandingannya dengan nabi, manusia, dan makhluk lain. Kedudukannya banyak diungkapkan melalui al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW.
Seseorang itu walaupun dia bukan Islam apa lagi yang beragama Islam, dia tidak boleh mengatakan atau menghina Nabi Muhammad SAW melalui bentuk pengucapan, penulisan, perbahasan, lukisan atau sebagainya.
Malah kita disuruh agar merendahkan suara ketika bercakap dengan Rasulullah SAW dan haram bagi umat Islam meninggikan atau menyaringkan suara semasa bercakap dengan baginda Rasulullah SAW.
Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara semasa menghadapkan percakapan suara terhadap yang lain (larangan yang demikian) supaya amalan-amalan kamu tidak terhapus pahalanya sedangkan kamu tidak menyedarinya. (al-Hujurat: 2)
Berdasarkan ayat di atas, adalah jelas dan nyata bahawa umat Islam mestilah menghormati Nabi SAW, bersopan santun kepada Baginda dan menjaga adab serta tatatertib kepada Baginda dalam apa jua keadaan dan situasinya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130627/ba_05/Bala-penghina-Rasulullah#ixzz2XlKPjSOy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment